Bekas penyerang Manchester United, Robin van Persie, mempersoalkan keputusan yang diambil pemain warisan berdarah Belanda-Indonesia, Mees Hilgers, untuk menyertai Indonesia berbanding bersabar sedikit lagi untuk dipilih mewakili skuad utama Belanda.

Dalam sebuah wawancara yang tular, dia meluahkan kehairanan dengan menjelaskan: "Saya tertanya-tanya mengapa dia (Hilgers) memilih Indonesia. Sekiranya dia dapat bersabar sedikit lagi, mungkin Ronald Koeman akan memanggilnya ke skuad Belanda.


A post shared by STPDOTCOM (@stpdotcom)




"Hilgers mempunyai bakat yang luar biasa dan usianya masih muda. Dengan aksi yang semakin meningkat di Liga Eredivisie, saya yakin dia memiliki masa depan yang cerah dalam kancah bola sepak Belanda." kata Van Persie seperti dipetik di stpdotcom.

Pemain Twente berusia 23 tahun secara rasmi menjadi warganegara Indonesia selepas menerima kewarganegaraan pada 30 September lalu untuk memperkuatkan skuad kendalian Shin Tae-yong

Untuk rekod, Hilgers turut mempunyai darah kacukan melalaui ibunya yang berasal dari Sulawesi Utara.