Skip to main content

Bola Sepak

Legenda Liverpool, Jamie Carragher bermain untuk England, anaknya pula wakili Malta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jamie.jpg
Anak lelaki bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher, menerima panggilan antarabangsanya yang pertama selepas mempamerkan persembahan menakjubkan bersama bekas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL)Wigan Athletic, musim ini.

James Lee Carragher berjaya memikat ketua jurulatih Malta, Michele Marcolini, susulan menampilkan prestasi terbaik setakat ini. 

Ramai tidak tahu, James layak bermain untuk Malta sedangkan ayahnya mewakili England sebelum ini kerana datuknya memiliki kerakyatan negara tersebut. 

Presiden Persatuan Bolasepak Malta, Bjorn Vassallo, mendedahkan bahawa dia berjumpa keluarga Carragher dan menyatakan hasrat untuk menggunakan khidmat James sebagai pemain warisan.

 

Pemain berusia 22 tahun itu bermain di bahagian pertahanan kanan dan sedia mengharungi aksi bertemu Finland dan Poland menjelang Kelayakan Piala Dunia 2026, minggu depan.

Jamie memperoleh 38 penampilan bersama England sepanjang kariernya dan merupakan sebahagian daripada skuad untuk dua kejohanan Piala Dunia.

Advertisement

Must Watch Video