Legenda Juventus itu mendedahkan niatnya untuk meninggalkan Turin pada penghujung musim ini, sekali gus menamatkan tempoh 17 tahunnya bersama Bianconeri, di mana dia melakukan 425 penampilan dalam Serie A.
Chiellini turut mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa selepas Itali tewas 0-3 kepada Argentina dalam aksi 'Finalissima' dua minggu lalu -- perlawanan yang mempertemukan juara Euro dan Copa America.
Pemain berusia 37 tahun itu juga meluahkan keinginannya untuk memanfaatkan pengalaman luasnya di bahagian pengurusan atau sebagai pengarah apabila kariernya selaku pemain berakhir tidak lama lagi.
Los Angeles berkemungkinan besar akan menjadi kelab terakhir buatnya dan Chiellini menciap dalam satu kiriman Twitter untuk mengesahkan perpindahannya ke pasukan The Black and Gold itu dengan kesepakatan yang dilaporkan selama 18 bulan.
The Next Chapter@LAFC pic.twitter.com/AV4ITgDfx3
— Giorgio Chiellini (@chiellini) June 13, 2022
"Saya bersedia untuk peranan baru di atas padang tetapi daripada segi mental, saya juga sudah bersedia untuk menjadi seorang pengarah.
"Saya mahu mengetahui segala apa yang terjadi di sekeliling padang, di dalam pejabat tetapi ia memerlukan masa, kesabaran dan keinginan untuk berkorban.
"Kita akan bercakap lagi mengenainya dalam beberapa tahun ke depan dan harap-harap saya dapat memahami kekhususan dan kesukaran peranan itu.
"Perjalanan saya di Amerika Syarikat akan mempersiapkan saya untuk apa yang bakal berlaku selepas ini," katanya.