Pertahanan tengah Jerman dan AS Roma, Mats Hummels, akan bersara pada penghujung musim ini selepas hampir dua dekad bergelar pemain bola sepak.
Produk akademi Bayern Munich itu pernah memenangi Piala Dunia 2014 bersama Jerman selepas menyertai pasukan seteru, Borussia Dortmund, pada 2008.
Selepas kembali ke Bayern dan pulang semula ke Dortmund, Hummels kemudian menyertai Roma tahun lalu, di mana dia melakukan 18 penampilan bersama kelab Serie A berkenaan.
Dengan 78 penampilan bersama Jerman, Hummels menjulang Piala Dunia di Brazil pada 2014.
Pemain berusia 36 tahun itu turut memenangi lima gelaran Bundesliga dan tiga kejuaraan Piala Jerman selain enam julangan Piala Super Jerman.
Dia juga bergelar naib juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebanyak dua kali bersama Dortmund, iaitu dalam musim 2012-13 dan 2023-24.
"Saya sedang bergelut dengan emosi saya sekarang. Kini tiba saat yang tidak boleh dielakkan oleh pemain bola sepak.
"Selepas lebih 18 tahun dan begitu banyak perkara yang bola sepak berikan kepada saya, saya akan menamatkan karier saya pada musim panas ini," tulisnya dalam satu kiriman media sosial.