Skip to main content

Bola Sepak

'Lebih ramai pemain seperti Arif Aiman akan timbul'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif.jpg
Bagi menambahbaik proses pengurusan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), sewajarnya akademi itu perlu berada dibawah pengurusan badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Perkara itu antara yang ditegaskan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa tTeknikal dan Pembangunan FAM, Datuk Dollah Salleh, yang mendedahkan perbincangan kearah perlaksanaan di bawah pengurusan badan induk sedang berlaku ketika ini.

Tegas Dollah, perkara itu lebih relevan jika FAM diberikan mandat untuk menguruskan sepenuhnya Program AMD yang merangkumi umur daripada tujuh hingga 12 tahun dan 13 hingga 17 tahun, selain peruntukan kewangan perlu sepenuhnya diserahkan kepada badan induk itu.






'Semuanya masih dalam perbincangan dan mungkin dalam masa terdekat akan membuat keputusan, ada kemungkin bermula di peringkat akar umbi iaitu AMD.

"Saya dimaklumkan perkara ini masih dibawah penjagaan Majlis Sukan Negara (MSN), ada kemungkinan untuk diserahkan kepada FAM. Keputusan belum muktamad. Jika berlaku, kami akan usahakan yang terbaik," katanya.

Malah, jika ia berlaku bukan hanya seorang Arif Aiman mampu dicipta dalam tempoh beberapa tahun, sebaliknya ia lebih konsisten dan banyak pilihan pemain berkualiti selepas ini.

"Setakat ini nampak sorang tetapi ada ramai, yang menyerlah nampak pada Arif Aiman. Jika FAM ambil alih dengan daripada segi 'scouting' pemain dengan jurulatih berpengalaman dan bekas pemain, kami akan mencipta, ibarat mencipta lebih ramai pemain seperti Arif Aiman akan timbul." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video