Skip to main content

Bola Sepak

Lebih ramai daripada final Piala Malaysia. 70,000 dijangka banjiri SNBJ tonton Man Utd vs ASEAN All-Stars

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pm.jpg
Setakat laporan media tempatan, seramai 70,000 peminat dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan perlawanan Maybank Challenge Cup di antara Manchester United menentang ASEAN All-Stars, malam ini.

Ibarat sambutan kemeriahan yang sudah dalam dinantikan khususnya penyokong The Red Devils rantau Asia Tenggara ini.

Penonton diingatkan agar tidak membawa masuk barangan terlarang seperti mercun, bunga api, suar, topi keledar, pen laser, objek tajam, senjata berbahaya, minuman keras, payung, tongkat, bank kuasa, botol air, ais ketul, pemetik api, mancis, rokok, rokok elektronik, dron, pembesar suara dan gendang.

Jika ia mencapai kapasiti yang ditetapkan, jumlah kehadiran penonton akan melepasi rekod final Unifi Piala Malaysia melibatkan Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu Sri Pahang iaitu 55,552 orang. 

Advertisement

Must Watch Video