Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Joehari Ayub, menyifatkan lawatan presiden persatuan berkenaan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, ke Kota Kinabalu hujung minggu lalu sebagai satu penghargaan besar buat negeri Sabah.
Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkata kehadiran Tunku Ismail yang mempengerusikan Mesyuarat EXCO FAM kali pertama bagi penggal 2017-2021 di Kota Kinabalu, Sabtu lalu, secara tidak langsung telah memberi kesan kepada sukan bola sepak di negeri berkenaan.
"Beliau banyak memberikan tunjuk ajar, pandangan dan juga cadangan kepada kami, termasuk dari segi kepengadilan dan pengurusan.
"Apa yang lebih menggembirakan apabila Sabah diumumkan akan menerima peruntukan lebih banyak berbanding negeri lain selepas mengambil kira beberapa faktor, termasuk kos perjalanan pasukan," katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu.
Dalam perkembangan lain, Joehari berkata beliau juga gembira dengan respons yang diberikan Tunku Ismail berhubung cadangan beliau untuk membantu bakat-bakat muda yang ada di Negeri Di Bawah Bayu.
"Sabah memiliki ramai pemain yang berbakat, cuma mungkin dari segi kemudahan kami ada kekurangan sedikit dan saya ada mencadangkan kepada Tunku Ismail, jika boleh pemain-pemain berbakat yang terpilih diberi peluang untuk berlatih di Johor.
"Tunku bukan saja bersetuju dengan candangan saya itu, malah beliau menawarkan lebih daripada itu...pemain-pemain yang betul-betul berbakat mungkin diterbangkan ke Eropah untuk menjalani latihan di sana," katanya.
Tambah Joehari, peminat bola sepak di negara ini perlu bersyukur kerana memiliki seorang presiden FAM yang sangat prihatin dan komited untuk membangunkan sukan bola sepak di Malaysia.