BOLA SEPAK MSIA
Lawan Manchester United bentuk semangat perpaduan ASEAN -- Anwar Ibrahim
'Perlawanan menentang Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) mempamerkan semangat juang ASEAN'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi bayangan bakal hadir menyaksikan pertembungan dua gergasi melibatkan pasukan terbaik Asia Tenggara (ASEAN) menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, di SNBJ minggu hadapan.
Ketika berucap dalam Persidangan ASEAN di Kuala Lumpur, Menteri Kewangan Malaysia itu juga menjunjung semangat rantau mencerminkan kepentingan kerjasama antara 10 negara, termasuk dalam sukan dengan pemilihan pemain-pemain terhebat beraksi di atas satu padang.
Iklan
"Ia mewakili semangat Asean menentang Manchester United, yang bukan satu tugas yang mudah, tetapi ia menampilkan keyakinan dan kerjasama serantau kami," kata Anwar semasa sidang media bersama Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh.
Malaysia selaku tuan rumah menyambut kunjungan skuad kendalian Ruben Amorim selepas 16 tahun selepas kali terakhir pada 2009.
Must-Watch Video