Skip to main content

Bola Sepak

Lawan Kedah medan timba pengalaman -- Abu Bakar Fadzim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

abu-bakar-fadzim.jpg
Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, menyifatkan pertemuan dengan Kedah dalam suku akhir pertama Piala FA malam ini sebagai satu proses pembelajaran yang berguna buat anak buahnya yang cetek pengalaman beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong lawan.

Abu Bakar sedar terdapat jurang yang luas di antara pasukan kendaliannya dan juga Kedah.

Meskipun Kedah dilihat mantap di semua posisi, namun Abu Bakar enggan anak buahnya mengalah sebelum aksi 90 minit berakhir.

Apatah lagi perlawanan ini patut dijadikan satu pengalaman berguna buat pemain, yang rata-rata dibarisi pemain muda dalam lingkungan bawah 25 tahun yang tidak pernah beraksi di hadapan barisan penyokong lawan yang fanatik.

"Kami baru bermula daripada Liga FAM tahun lalu dan tahun ini adalah kali pertama kami beraksi dalam Liga Perdana. Aksi suku akhir Piala FA ini juga merupakan pengalaman pertama buat anak buah saya.

"Saya mahu mereka menunjukkan bakat mereka," kata Abu Bakar.

Biarpun kehilangan tiga tonggak penting menjelang pertemuan suku akhir malam ini, antaranya dua tonggak import, Ritus Kraujklis dan Vincent Lucas Weilj yang mengalami kecederaan serta Fazli Zulikifli yang digantung perlawanan akibat menerima dua kad kuning, ia tidak sedikit pun menjejaskan perancangan pasukan PKNP FC.

"Status underdog memberikan kami kelebihan . Kedah merupakan satu pasukan yang baik, jadi mereka mungkin terlalu yakin untuk menewaskan kami. Jadi, itu bakal menjadi kelebihan kami malam ini," kata kapten PKNP, Muhammad Sharel Fikri.

Advertisement

Must Watch Video