Skip to main content

Bola Sepak

Lawan jadi kawan, Ibrahim Manusi bakal jadi rakan sepasukan Arif Aiman?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif-aiman-ibrahim-manusi.jpg
Ibrahim Manusi merupakan pemain yang menyerlah ketika aksi final Piala Malaysia ketika Sri Pahang bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) 26 April lalu.

Di sebalik kekalahan Sri Pahang di tangan JDT, bekas penyerang negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, menganggap pemain tengah Sri Pahang, Ibrahim Manusi, sebagai permata baru bola sepak Malaysia.

Aksi penuh bertenaga pemain tengah bertahan itu mencuri tumpuan malah meraih pujian ramai.

Dan perkembangan terkini dikongsi wartawan Zulhelmi Zainal Azam, Ibrahim difahamkan sudah mempunyai pasukan baru bagi musim hadapan.
 

Zulhelmi menerusi X, "Lawan jadi kawan, Ibrahim Manusi antara 10 pemain Sri Pahang yang dilepaskan difahamkan sudah mempunyai pasukan baru dengan urusan menandatangani kontrak juga sudah selesai beberapa hari lalu."


 

Advertisement

Must Watch Video