UCL
Lautaro Martinez intai trofi UCL sempurnakan kejayaan Piala Dunia
Penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez, berazam untuk merebut detik terbaik melanjutkan kejayaan Piala Dunia bersama Argentina dengan menjulang trofi Liga Juara-Juara (UCL).
Wakil Itali itu akan menentang pasukan pilihan, Manchester City, untuk kejuaraan paling berprestij Eropah di Istanbul, awal pagi esok.
Justeru, Martinez berharap dapat melengkapkan kempen yang tidak dapat dilupakan ini yang turut menyaksikan dia membantu Argentina mencapai kejayaan antarabangsa di Qatar, hujung tahun lalu.
Iklan
Martinez berkata dalam sidang akhbar di Stadium Olimpik Ataturk: “Ini adalah perlawanan akhir utama yang kedua buat seseorang pemain.
“Ia sememangnya musim yang sangat positif buat saya. Saya gembira dengan bagaimana ia telah berlaku dan bagaimana saya telah melakukannya. Kini kami berharap dapat menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.
“Jika anda mahu mencapai matlamat, ini adalah langkah terakhir dan kami harus bersedia untuk mengambil kesempatan.

"Ia akan menjadi perlawanan yang sangat penting buat semua orang di Inter dan kelab.”
Pengurus Inter, Simeone Inzaghi, pula berkata: “Selepas mara ke final, kami tidak mempunyai masa untuk memikirkannya kerana kami masih mempunyai baki perlawanan.
“Sekarang baru kami sedar tentang apa yang kami telah capai tetapi kami tidak ambil mudah. Kami memberi tumpuan tinggi dan kami akan berjuang di setiap inci padang ketika menghadapi sebuah pasukan yang mantap.
"Kami perlu fokus sepenuhnya dan tidak membuat kesilapan."
Must-Watch Video