Latihan keras pra-musim lumrah, kata Syahmi Safari
Shaiful Shamsudin
Januari 8, 2021 23:31 MYT
Januari 8, 2021 23:31 MYT
Program latihan pra-musim Selangor FC yang disifatkan sebagai keras tetap dinikmati pemain terutama tonggak serba boleh, Syahmi Safari.
Arahan daripada ketua jurulatih kelahiranJerman, Karsten Neitzel, meskipun pekat dengan loghat tersendiri tetap difahami keseluruhan skuad itu yang datang daripada pelbagai latar belakang.
"Ini perkara biasa dalam pra-musim.
"Sebagai pemain kami kena berikan 100 peratus, kalau curi tulang sekalipun kami tidak akan dapat apa-apa.
"Kami perlu berikan yang terbaik walaupun loghat Neitzel sangat pekat, tapi bahasa bola sepak mudah difahami.
"Selangor sudah tandatangan Shahrel Fikri Md Fauzi, mudah-mudahan dia dapat bantu kami meraih sesuatu pada tahun ini," kata tonggak kebangsaan itu di Shah Alam.
ENDURANCE ⚡ Tell us in the comment section who do you think last the longest in this yo-yo test? ? #KitaAdalahSatu #85Years #CreatingALegacy
Posted by Selangor FC on Thursday, January 7, 2021