Skip to main content

Bola Sepak

Laporan FFP fasa kedua beri amaran keras buat tiga kelab

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mfl.jpg
Tiga kelab Liga Super diberi amaran terakhir sehingga 25 Oktober depan untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain bagi mengelak dikenakan hukuman lebih berat.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi peringatan itu dalam satu kenyataan media hari ini tanpa menamakan tiga kelab tersebut.

Badan bebas Financial Fair Play First Instance Body (FFP FIB) telah selesai melakukan pemeriksaan terhadap laporan kewangan fasa kedua yang diserahkan oleh semua kelab Liga Super.

Kenyataan itu menyebut berdasarkan pemeriksaan dokumentasi yang diserahkan oleh kesemua kelab Liga Super, didapati bahawa 10 kelab telah berjaya menyerahkan laporan kewangan fasa kedua FFP dengan lengkap.

Bagaimanapun, tiga kelab pula tidak berjaya dalam proses melengkapkan laporan kewangan itu disebabkan mempunyai tunggakan gaji serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Pekerja dan Sosial (Perkeso) dan EIS.

 

Justeru tambah kenyataan itu, sekatan perpindahan pemain sebelum jendela kedua perpindahan pemain musim 2024-2025 telah dikenakan ke atas kelab-kelab terlibat.

"Namun selepas 30 hari sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua perpindahan pemain musim 2024/25 dikenakan kepada tiga kelab tersebut, pihak MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian terhadap tunggakan itu atau mendapat persetujuan bersama kedua-dua pihak dan menghantar bukti kepada pihak FIB FFP.

"Maka pihak FIB FFP telah menjatuhkan denda dengan serta merta sebanyak RM 15,000 kepada kelab-kelab tersebut. Oleh yang demikian, tiga kelab ini perlu menghantar bukti resit bayaran atau pelan pembayaran ansuran untuk tunggakan bayaran gaji dan agensi kerajaan (KWSP, LHDN, Perkeso dan SIP) dalam masa tempoh 30 hari selewatnya sebelum atau pada 25 Oktober 2024.

"Kegagalan, kengganan dan/atau kecuaian tiga kelab ini untuk berbuat demikian seperti yang ditetapkan di atas maka perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa FIB bagi tindakan selanjutnya," kata kenyataan itu.

Berdasarkan situasi semasa, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Kuala Lumpur City FC (KL City) adalah dua kelab yang dihalang mengambil pemain baharu pada jendela perpindahan kedua baru-baru ini.

Satu lagi pasukan difahamkan berpangkalan di Pantai Timur.

Kredit -- Sinar Harian

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video