Skip to main content

Bola Sepak

Lantik perunding khas: Rizal, Hasnizam berbeza pendapat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rizal-dan-hasnizam.jpg
Hasrat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengambil perunding khas bagi meningkatkan ranking dunia skuad negara mendapat reaksi berbeza pemerhati bola sepak tempatan.

Walaupun India mengambil seorang perunding dalam meningkatkan ranking dunianya, pemerhati bola sepak tempatan, Rizal Hashim, berasa ia bukan faktor utama kejayaan mereka.

Baginya, tumpuan wajar diberi kepada usaha meningkatkan tahap skuad kebangsaan kendalian Nelo Vingada.

"Sebenarnya pengiraan senarai ranking melibatkan kiraan matematik. Mengapa India berjaya menembusi kelompok 100 terbaik FIFA adalah disebabkan mereka mencatat kemenangan.

"Mereka menang ke atas Myanmar, Kemboja dan Puerto Rico dalam aksi persahabatan. Jadi, fokus utama adalah untuk mencapai kemenangan di peringkat antarabangsa," jelasnya.

Bekas pemain negara, Hasnizam Uzir, pula berpandangan sebaliknya.

Kehadiran perunding juga dilihat mampu membantu Vingada mencatur pendekatan terbaik dalam meningkatkan ranking negara.

"Kedua-duanya penting kerana wujud kesinambungan. Sekiranya Vingada ingin mencaturkan perlawanan di peringkat antarabangsa, di sinilah peranan jururunding amat diperlukan dalam menentukan pasukan manakah yang perlu kita hadapi dalam meningkatkan ranking," ujarnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video