Skip to main content

Bola Sepak

Lampard bakal turunkan Kepa bertemu Krasnodar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kepaarrizabalaga.jpg
Kepa Arrizabalaga akan membuat penampilan pertama bersama Chelsea sejak Oktober apabila Krasnodar berkunjung Stamford Bridge dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Penjaga gol termahal dunia itu telah melakukan kesilapan dalam tiga perlawanan terakhir saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan dibayangi oleh penjaga gol baru, Edouard Mendy.

Mendy berakhir cemerlang buat Chelsea, tidak dibolosi sembilan kali dalam 13 perlawanan untuk kelab. Dia merupakan paling cemerlang dalam saingan UCL dan beraksi tiga kali musim ini.

Dengan Chelsea sudah pasti menghuni tangga teratas Kumpulan E, Lampard memberikan peluang kepada Kepa kembali dalam kesebelasan utama.

"Kepa turun beraksi. Seperti yang selalu saya katakan mengenai pasukan ini adalah mengenai sikap dan bagaimana anda mendekati permainan," kata pengendali The Blues. 

"Jelas sekali, keadaannya berbeza kerana penjaga gawang harus bersabar ketika mereka tidak turun beraksi dan secara amnya dengan prestasi Mendy menjadi dirinya sebagai pilihan utama yang mudah bagi saya.

"Tetapi ini merupakan perlawanan buat Kepa, yang berlatih dengan baik. Tempoh itu akan berlaku dalam karier pemain dan kadang-kala ia akan menjadikan mereka lebih kuat berbanding sebelum ini."
 
 

Advertisement

Must Watch Video