COPA DEL REY
Lamine Yamal ialah Neymar Jr yang baharu?
Ramai peminat bola sepak antarabangsa yang sibuk memberi pendapat tentang gaya penampilan bintang muda sensasi Barcelona, Lamine Yamal, apabila muncul dalam final Copa del Rey menentang Real Madrid pada April lalu.
Menariknya, pemain kebangsaan Sepanyol itu menyembunyikan perubahan rambut ‘blonde’ semasa sesi latihan praperlawanan dengan memakai topi, menambahkan elemen kejutan apabila dia mendedahkan rambut barunya semasa sesi pemanasan badan sebelum aksi bermula.
Netizen berpendapat ia menyerupai gaya ikonik Neymar Jr yang nyata memberi inspirasi besar dalam perjalanan bola sepaknya. Tetapi bak kata Yamal ‘bila bosan warnakan rambut baru la rasa cepat sikit masa berjalan’.
Iklan
Gaya rambut baharunya bukan sahaja menarik perhatian, tetapi juga mencerminkan keyakinan dan aspirasi Yamal untuk mengikuti jejak langkah Neymar, bukan sahaja mengenai penampilan tetapi juga prestasi di atas padang.
Pada usia 17 tahun, dia telah menunjukkan kematangan dan bakat yang mengagumkan di pentas tertinggi bola sepak Eropah.
Mungkinkah ini permulaan kepada era baharu di mana Yamal bakal mencipta legasi hebatnya sendiri, seperti idolanya? Masa akan menentukannya.
Must-Watch Video