Skip to main content

Bola Sepak

Lamela harap tuah kontrak baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

erik-lamela_7lmmtyjif7ed1h4gzwy30ztcr.jpg
Erik Lamela berharap agar kontrak baru yang ditandatanganinya bersama Tottenham Hotspur dapat mengubah nasibnya selepas sering dihantui masalah kecederaan.

Pemain skuad Argentina itu terlepas hampir keseluruhan aksi Liga Perdana Inggeris musim 2016/17 akibat kecederaan pinggul, namun kembali dengan 25 penampilan musim lalu.

Lamela menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2022 semalam dan dia bertekad mahu memberikan impak kepada Spurs tatkala mereka sekali lagi memburu kejuaraan utama.

"Sukar apabila ditimpa kecederaan, terutama apabila dalam tempoh yang panjang tetapi saya tidak pernah berputus asa. Segala-galanya sudah berlalu," katanya.

"Untuk menjadi kuat, kekuatan mental telah membantu saya dan kini telah bersedia untuk menikmatinya.

"Saya berlatih dengan gigih  setiap hari untuk perlawanan yang pertama. Diharapkan, saya kekal sebegini, bebas daripada kecederaan  sepanjang musim. Saya yakin  musim ini, segalanya akan bagus buat saya dan juga untuk pasukan.

"Saya mahu menjaringkan gol, bermain dengan baik, berjuang untuk pasukan. Segala perkara yang boleh dilakukan, saya mahu selesaikan.

"Saya yakin pasukan akan menjadi bagus pada musim depan."

Selain Lamela, turut memperbaharui kontrak adalah Son Heung-Min serta penyerang utama, Harry Kane.

Advertisement

Must Watch Video