Skip to main content

Bola Sepak

Lambaian terakhir, ribuan peminat Indonesia ucap selamat tinggal hantar Shin Tae-yong pulang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sty.jpg
Tanpa disangka-sangka, sebuah lapangan terbang menerima kunjungan peminat bola sepak Indonesia yang hadir memberikan sokongan kepada bekas jurulatih Sang Garuda, Shin Tae-yong, yang akan meninggalkan negara itu buat kali terakhir.

Terdahulu, Persatuan Bolesepak Indonesia (PSSI), membuat keputusan mengejut apabila memilih untuk memecat pengendali dari Korea Selatan itu meskipun sudah merekodkan pencapaian gemilang sepanjang tiga tahun kebelakangan ini.

 

Sudah pasti, perkara itu menimbulkan pelbagai tindak balas daripada kalangan penyokong sambil mempersoalkan tindakan badan induk itu yang membuatkan semua orang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi.

Ribuan peminat tempatan membanjiri perkarangan lapangan terbang itu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jurulatih berusia 54 tahun itu atas kecemerlangannya membawa Indonesia melayakkan diri ke Piala Asia Arab Saudi 2027 secara merit sambil menghidupkan peluang dalam aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia Amerika Syarikat (AS) 2026. 

 

Perkara itu mengakibatkan pegawai keselamatan terpaksa mengawal keadaan supaya tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Terima kasih STY!  

Advertisement

Must Watch Video