Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Carlo Ancelotti bakal kendali aksi ke-300 bersama Real Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ancelotti.png
Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti, tidak merancang untuk menamatkan kemuncak keriernya dalam masa terdekat apabila bersedia untuk mengendalikan Los Blancos dalam aksi ke-300, menentang Alaves, awal pagi esok.

Sejak kembali ke Santiago Bernabeu pada 2021, dia telah mengendalikan 180 perlawanan berbanding ketika pada tahun 2013 hingga 2015 dimana dia telah mengendalikan 119 perlawanan buat kelab gergasi Sepanyol itu.


 

Musim lalu, Ancelotti menjadi jurulatih pertama yang memenangi Piala Eropah/Liga Juara-Juara (UCL) sebanyak lima kali ketika berusia 65 tahun dengan dia turut berharap dapat terus melatih pasukan itu untuk beberapa tahun akan datang lagi.

"Saya tidak memikirkan masa depan saya sama sekali, saya sangat menyukai pekerjaan ini.






"Saya sangat bertuah kerana berada di kelab yang hebat ini, esok ia akan menjadi perlawanan ke-300 saya di kelab terbaik dunia ini dan ini merupakan sesuatu yang istimewa. Untuk mengendalikan 300 perlawanan bukanlah satu keajaiban.

"Semestinya anda tidak dapat membandingkan keletihan saya dengan pemain. Terdapat tekanan, tanggungjawab, tetapi saya menyukai perkara itu. Saya mahu kekal di sini bertahun-tahun lagi." katanya dalam sidang media pra perlawanan.
 

Advertisement

Must Watch Video