REAL MADRID 2 ESPANYOL 1
Pengurus Real Madrid, Xabi Alonso, tiada masalah dalam menangani reaksi kecewa anak buahnya ketika ditukarkan.
Real Madrid dikerah untuk memastikan mata penuh ke atas Espanyol dalam pertemuan LaLiga di ibu kota Sepanyol, awal pagi tadi, dan kemenangan 2-1 itu memastikan mereka mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kancah tempatan musim ini.
Bercakap kepada media selepas kemenangan itu, Xabi Alonso enggan memperbesarkan reaksi kecewa Vinicius Jr. yang dikeluarkan lewat perlawanan.
Malah, pemain tengah, Franco Mastantuono, turut menunjukkan reaksi hampir serupa.
"Bahkan ketika Franco dikeluarkan, dia memandang saya dan berkata" awak mengeluarkan saya?" dan saya berkata "Ya Franco, saya sedang menggantikan awak".
"Dia agak marah kerana mereka semua mahu beraksi. Bukan Vini sahaja," katanya dalam pasca perlawanan.