Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Vinicius Jr cergas gempur Villareal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vini-jr.jpg
Vinicius Junior bersedia untuk kunjungan Real Madrid ke Villarreal walaupun diberi cuti tambahan selepas Los Blancos bermain di pertengahan minggu ini, kata Carlo Ancelotti.

Madrid menewaskan jiran Atletico Madrid 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL), kelmarin, dengan Antonio Rudiger menyempurnakan sepakan penentu.

Vinicius, yang terlepas sepakan penalti dalam tempoh 90 minit permainan itu untuk mengelak masa tambahan, kemudian terlepas latihan semalam. 

Begitupun, Ancelotti meyakinkan peminat bahawa pemain Brazil itu akan terlibat dalam perlawanan LaLiga seterusnya: "Kami telah memberinya rehat sehari tambahan kerana dia berasa masih sangat letih.

"Esok dia akan bersedia dan dengan kekuatan penuh untuk membantu kami. Dia tidak mempunyai sebarang masalah, cuma sedikit keletihan."

Pengurus Itali itu kemudiannya meluahkan sokongan terhadap pemain berusia 24 tahun itu berikutan terlepas sepakan penalti di Stadium Metropolitano.

“Bagi kami, bagi saya, Vinicius adalah pemain yang tidak boleh dipertikaikan,” tambahnya 

 
"Dia mungkin menampilkan permainan yang lebih baik atau lebih teruk. Tetapi saya tidak meraguinya. 

"Walaupun kadang-kadang dia tidak bermain dengan baik, walaupun dia gagal, dia sangat penting kepada kelab ini dan saya tidak boleh menafikannya."

Advertisement

Must Watch Video