Presiden LaLiga, Javier Tebas, telah memberi jaminan bahawa perlawanan di Amerika Syarikat (AS) akan diteruskan.
Perlawanan terakhir Villarreal menentang Barcelona di tempat sendiri pada musim ini dicadangkan berlangsung di Miami di Stadium Hard Rock.
Idea itu telah ditolak sejak 2017 biarpun Atletico Madrid dan Girona pernah menunjukkan minat.
Buat pertama kalinya, Persekutuan Bolasepak Sepanyol telah memberi lampu hijau dan kini terpulang kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) untuk kelulusan akhir dan Tebas percaya ia akan diumumkan bulan depan.
"Menjelang akhir bulan depan, kami akan mempunyai jawapan sama ada perlawanan itu akan dimainkan di Miami atau tidak,” katanya kepada Marca.
Presiden LaLiga itu muncul dalam program televisyen 'Tablero Deportivo' menjelaskan bahawa Villarreal dan Barcelona sendiri adalah pencetus kepada idea ini.
"Saya yakin permainan ini akan dimainkan di Miami.
"Ia bukan antara objektif utama kami tetapi tahun ini ia berlaku."