Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Simeone gembira Atletico berani ambil risiko ketika benam Celta Vigo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

diego-simeone.jpg
ATLETICO MADRID 4 CELTA VIGO 1

Diego Simeone memuji pasukannya kerana berani untuk mengambil risiko ketika Atletico Madrid menewaskan Celta Vigo 4-1 dalam aksi LaLiga di Civitas Metropolitano awal pagi tadi.

Gol daripada Angel Correa, Rodrigo de Paul dan Yannick Carrasco selain jaringan ke gawang sendiri oleh Unai Nunez sudah cukup untuk membuktikan dominasi tuan rumah dalam perlawanan itu manakala Gabriel Veiga pula memperoleh gol sagu hati buat pelawat.

Bercakap kepada DAZN selepas perlawanan itu, Simeone berkata: "Selepas kekalahan kepada Villarreal, kami perlu bermula untuk mengumpulkan mata dalam LaLiga dan sedikit demi sedikit, kami menjadi semakin baik.

"Saya fikir kami masih dalam situasi untuk terus berkembang. Hari ini, pada permulaan perlawanan, kami melakukan beberapa kesilapan yang membuka peluang mereka untuk menjaringkan gol tetapi sekurang-kurangnya ada percubaan untuk bermain dengan lebih baik.

"Dengan itu, anda perlu mengambil risiko dalam kebanyakan waktu, namun ia juga benar bahawa gol ketiga kami (Carrasco) adalah gol yang hebat.

"Kami menjaringkan empat gol dengan bergelut, dengan keinginan yang besar untuk berada dalam posisi menyerang," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video