Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Saya minta maaf, Real Madrid -- Isco

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

isco.jpg
Isco membuat permohonan maaf kepada penyokong Real Madrid kerana meraikan kemenangan Real Betis dalam aksi LaLiga ke atas bekas pasukannya itu.

Betis bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Real 2-1 di Estadio Benito Villamarin and sekaligus mencalar peluang Los Blancos mengejar gelaran liga.

Pelawat mempamerkan permulaan cemerlang apabila mendahului dalam tempoh 10 minit menerusi Brahim Diaz, namun bekas bintang Real Madrid, Isco, memainkan peranan penting dalam kemenangan Real Betis.

Bekas pemain tengah Sepanyol itu, yang memenangi tiga kejuaraan La Liga dan lima Liga Juara-Juara sepanjang tempoh sembilan tahun di Bernabeu, melakukan sepakan sudut di mana Johnny Cardoso menanduk masuk gol penyamaan sebelum separuh masa.

Kapten Betis, Isco kemudian menjaringkan gol penalti pada minit ke-54 selepas Antonio Rudiger mengasari Jesus Rodriguez sebelum ghairah meraikannya di hadapan penyokong tuan rumah.

Isco berlari bersama rakan sepasukannya sebelum meraikan gol yang dijaringkan di hadapan penyokong Real Betis.
 

Walaupun ia tidak berasa terlalu provokatif, Isco -- yang berkongsi pelukan dengan Carlo Ancelotti selepas perlawanan -- masih berasakan keperluan untuk memohon maaf atas sambutannya.
 

"Saya memohon maaf kepada peminat Real Madrid atas sambutan jaringan saya", katanya.

"Saya sangat berterima kasih kepada Real Madrid, mereka akan sentiasa berada di hati saya."

Keputusan itu meninggalkan Real Betis di tangga keenam dalam La Liga, manakala Real Madrid kekal di tempat ketiga, setaraf dengan Barcelona dan dua di belakang pendahulu Atletico Madrid.

Advertisement

Must Watch Video