LALIGA
LaLiga: Real Madrid, Girona sama-sama liat di puncak
Pendahulu LaLiga, Real Madrid, dan pasukan di tangga kedua, Girona, kekal menguasai kelompok atasan liga dengan mata sama selepas kedua-duanya meraih kemenangan dramatik awal pagi tadi.
Real Madrid mengatasi Mallorca 1-0 dengan Antonio Rudiger menanduk masuk gol tunggal perlawanan itu pada minit ke-78 di Santiago Bernabeu.
Pasukan bimbingan Carlo Ancelotti berkenaan bernasib baik apabila dua percubaan pelawat, masing-masing dilakukan Antonio Sanchez and Samu Cost, sekadar hinggap di palang sebelum Rudiger menemui sasaran.
Girona, dalam pada itu, terus memberikan tekanan dengan menewaskan Atletico Madrid 4-3 di Stadium Montilivi.? LEADERS ? pic.twitter.com/nrLe3Xfio6— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) January 3, 2024
Iklan
Ivan Martin muncul wira tuan rumah dengan menjaringkan gol kemenangan dalam waktu kecederaan.
Dengan kemenangan itu, Girona mengumpulkan 48 mata daripada 19 perlawanan dan hanya dibezakan defisit jaringan dengan Madrid.
5 goals in 45 minutes. 3-2. What a game. pic.twitter.com/lRh8WInvj5— LALIGA English (@LaLigaEN) January 3, 2024
Must-Watch Video