LaLiga: Real Madrid fail aduan insiden perkauman ke atas Vinicius Junior
Muzaffar Musa
Mei 23, 2023 10:41 MYT
Mei 23, 2023 10:41 MYT
Real Madrid berkata ejekan perkauman yang ditujukan kepada Vinicus Junior merupakan satu "jenayah kebencian" dan telah memfailkan laporan kepada Pejabat Peguam Negara Sepanyol.
Penyerang Brazil itu menganggap perkara berkenaan sabagai "episod berterusan yang merebak ke beberapa bandar di Sepanyol" selepas dia sekali lagi menjadi mangsa ejekan perkauman sewaktu Madrid tewas 0-1 kepada Valencia dalam perlawanan LaLiga di tempat lawan hujung minggu lalu.
Valencia berkata pihak polis telah mengenal pasti penonton yang melakukan serangan perkauman itu dan individu berkenaan akan berdepan penggantungan seumur hidup daripada menghadiri perlawanan di Stadium Mestalla.
A cada rodada fora de casa uma surpresa desagradável. E foram muitas nessa temporada. Desejos de morte, boneco enforcado, muitos gritos criminosos... Tudo registrado. Mas o discurso sempre cai em “casos isolados”, “um torcedor”. Não, não são casos isolados. São episódios… pic.twitter.com/aSCMrt0CR8
— Vini Jr. (@vinijr) May 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Setiap perlawanan di laman lawan memberikan kejutan yang tidak menyenangkan. Dan ia kerap berlaku musim ini. Ugutan bunuh, patung yang digantung, jeritan bagaikan penjenayah, semuanya ada," kata Vinicius dalam satu ciapan semalam.
"Tetapi ia sentiasa dikatakan kes terpencil dilakukan oleh seorang penyokong. Tidak, ini bukan kes terpencil. Mereka meneruskan episod ini dengan menyebarkan ke bandar-bandar sekitar Sepanyol (termasuk dalam program televisyen).
"Buktinya sudah ada dalam video. Sekarang saya mahu tanya, berapa ramaikah mereka yang perkauman ini nama dan gambarnya didedahkan dalam laman web? Saya akan menjawabnya untuk memudahkan segalanya. Jawapannya tiada. Tiada seorang pun yang mendedahkan kisah sedih ini atau mengemukakan permohonan maaf secara terbuka."
Official Announcement.#RealMadrid
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) May 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Madrid dalam satu kenyataan berkata: "Real Madrid berasa jijik dan mengutuk sekeras-kerasnya peritiwa yang menimpa pemain kami, Vinicius Junior semalam.
"Perkara ini membeuntuk satu serangan langsung ke atas model kewujudan bersama dan undang-undang sosial dan demokrasi kita.
"Real Madrid menganggap serangan sedemikian sebagai satu jenayah kebencian dan untuk itu, kami telah memfailkan satu aduan ke pejabat peguam negara, khususnya pejabat pendakwa raya, terhadap jenayah kebencian dan diskriminasi ini supaya perkara ini dapat disiasat dengan penuh tanggungjawab."