Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Real Madrid bakal tanpa khidmat Vinicius Jr ekoran alami kecederaan hamstring

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2_72318353.jpg
Penyerang Real Madrid, Vinicius Jr, berdepan tempoh rehat yang panjang selepas mengalami kecederaan hamstring.

Vinicius dikeluarkan akibat kecederaan selepas 18 minit ketika Real melakar kemenangan 1-0 LaLiga di Celta Vigo Jumaat lalu.

“Selepas ujian dijalankan ke atas pemain kami, Vini. Jr, oleh perkhidmatan perubatan Real Madrid, (dia) telah disahkan mengalami kecederaan pada otot bisep femoris kanan,” menurut kenyataan kelab.
 

"Perkembangannya akan dipantau."

Pemain Brazil berusia 23 tahun itu dijangka terlepas perlawanan terakhir Real sebelum rehat antarabangsa di tempat sendiri menentang Getafe.

Terdapat juga kebimbangan Vinicius kini mungkin tidak hadir untuk perlawanan liga Real menentang Real Sociedad dan seteru kota Atletico selepas rehat antarabangsa, serta permulaan kempen Liga Juara-Juara mereka bulan depan.

Advertisement

Must Watch Video