Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Pemain Real Madrid perlu utamakan pasukan, kata Carlo Ancelotti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ancelotti.jpg
Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, memberikan amaran buat barisan pemainnya bahawa mereka perlu terus berkorban untuk pasukan dalam usaha melebarkan penguasaan di tangga teratas LaLiga menjelang aksi bertemu Sevilla awal pagi esok.

Ancelotti sudah mula meletakkan pemain di posisi yang agak janggal dengan Eduardo Camavinga dan Aurelien Tchouameni kini diletakkan di posisi pertahanan pada ketika Rodrygo mengakui tidak gemar bermain di posisi penyerang tengah.

Bagaimanapun, dengan jadual perlawanan padat yang mencabar, termasuk aksi El Clasido minggu depan, Ancelotti tidak rasa bersalah mengubah posisi pemainnya dan berkata akan terus menuntut mereka untuk mengutamakan keperluan pasukan.

Dia berkata dalam sidang media: "Adalah penting untuk mengenal pasti pemain mana yang mahu bermain dan adakalanya, keperluan pasukan ini memerlukan pemain melakukan pengorbanan.

"Camavinga, Tchouameni atau Rodrygo sudah melakukannya. Rodrygo penyerang yang sempurna dan boleh bermain di posisi penyerang tengah seperti yang dilakukannya bersama Napoli.

"Pendirian saya adalah keperluan pasukan ini perlu diutamakan berbanding kepuasan peribadi," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video