LaLiga: Peluang Atletico lebar jurang di puncak

Hanis Natasya
Januari 18, 2025 14:15 MYT
Rekod Kemenangan lapan perlawanan berturut-turut Atletico Madrid telah membawa mereka ke kedudukan teratas dalam LaLiga, namun Diego Simeone menegaskan bahawa mereka hanya fokus kepada satu persatu perlawanan.
Kali terakhir Atletico memenangi gelaran liga adalah pada musim 2020-2021 dan mereka sedang mendahului seteru tempatan, Real Madrid, dengan satu mata selepas 19 perlawanan untuk mengumpul 44 mata keseluruhan.
Hanya sekali mereka pernah mencatat sembilan kemenangan berturut turut LaLiga iaitu di antara Mac dan April 2014, juga ketika di bawah bimbingan Simeone.
Dengan Real Madrid hanya akan beraksi malam esok, Atletico berkesempatan untuk melebarkan kelebihan mereka di puncak liga kepada empat mata, namun Simeone enggan bersikap terlalu yakin.

✈️🏃🏻‍♂️ pic.twitter.com/VXXorGJ4ZZ

— Atlético de Madrid (@atletienglish) January 17, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami lebih daripada sesiapa, hidup dari perlawanan ke perlawanan, kata Simeone kepada pemberita menjelang lawatan ke Leganes pada hari Sabtu.”
“Kami perlu menikmati situasi ini, menghargai kemenangan kami, dan bekerja berdasarkan apa yang berlaku serta keperluan yang ada.”
#LaLiga
;