Sevilla mengesahkan pelantikan Jose Luis Mendilibar sebagai pengurus dengan kontrak jangka pendek sebaik memecat Jorge Sampaoli.
Prestasi suram menyaksikan Sevilla tewas empat daripada tujuh perlawanan terakhir LaLiga dan hanya dua mata di atas zon penyingkiran.
Penggal kedua Sampaoli di kelab itu berakhir semalam berikutan tumbang 0-2 di Getafe.
Pengurus Argentina itu mula menggantikan Julen Lopetegui pada Oktober lalu tetapi hanya mampu mencipta enam kemenangan daripada 19 perlawanan LaLiga di bawah kendaliannya di sebalik Sevilla ke suku akhir Liga Europa.
Sevilla tidak berlengah apabila segera mengesahkan penggantinya dengan bekas pengurus Real Valladolid, Alaves dan Eibar, Mendilibar, bersetuju menandatangani kontrak hingga 30 Jun depan.
Dia akan memainkan peranan pertamanya selepas rehat antarabangsa dengan Sevilla akan bertemu Cadiz yang turut bergelut.
Selepas melayani kunjungan Celta Vigo pada 7 April, mereka akan bertandang ke Old Trafford untuk aksi pertama suku akhir Liga Europa menentang Manchester United, enam hari kemudian.
Mendilibar telah mengemudi 448 perlawanan LaLiga dengan rekod 128 kemenangan dan 195 kekalahan.

? Welcome to #SevillaFC, José Luis Mendilibar! ?
— Sevilla FC (@SevillaFC_ENG) March 21, 2023