Jaringan lewat daripada Kylian Mbappe dan Jude Bellingham membantu Real Madrid melakar kemenangan 2-0 ke atas Sevilla yang bermain dengan sembilan pemain di Estadio Ramon Sanchez Pizjuan semalam.
Sevilla berjaya mengekal asakan Real di sebalik Loic Bade dan Isaac Romero diarah keluar padang dalam kedua-dua separuh masa, namun skuad kendalian Carlo Ancelotti menemui jalan untuk mendapatkan jaringan.
Selepas menyaksikan harapan mereka untuk mengejar gelaran LaLiga berakhir berikutan kemenangan 2-0 Barcelona ke atas Espanyol, Los Blancos merehatkan beberapa pemain utama bertemu Sevilla.
Tuan rumah bermain dengan 10 pemain seawal minit ke-12 Bade menjatuhkan Mbappe.
Permulaan separuh masa kedua menambah parah Sevilla apabila pemain Romero yang dibawa masuk menggantikan Dodi Lukebakio, turut dibuang padang.
Kelebihan itu digunakan Real sebaik mungkin apabila Mbappe meledak gol pembukaan pada minit ke-75 sebelum Bellingham memastikan tiga mata penuh buat pelawat.