LaLiga: Masalah kecederaan Barcelona kian meruncing, Jules Kounde sah cedera lutut

Muzaffar Musa
Oktober 10, 2023 12:04 MYT
Barcelona kehilangan khidmat Jules Kounde untuk tempoh yang panjang selepas pemain itu disahkan mengalami kecederaan medial collateral ligament (MCL) di lututnya, demikian disahkan kelab gergasi Catalan berkenaan.
Pertahanan kebangsaan Perancis itu tidak dapat mewakili negaranya menentang Belanda dan Scotland sepanjang dua minggu ini dan menjadi pemain terbaru berada dalam senarai kecederaan pemain Barca.
Pemain berusia 24 tahun itu terpaksa dikeluarkan ketika Barca terikat 2-2 dengan Granada hujung minggu lalu.

MEDICAL NEWS | Tests carried out have shown that first team player Jules Kounde has a left MCL sprain. He is out and his recovery will determine his availability. pic.twitter.com/1MDDeEhu8T

— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Barcelona berkata dalam laman web rasmi mereka: "Ujian pada pagi Isnin menunjukkan bahawa Jules Kounde mengalami kecederaan lateral collateral ligament di lutut kanannya dan pertahanan Perancis itu tidak akan dapat bermain sehingga kecederaannya pulih.
"Ini juga bermakna dia akan terlepas mewakili negaranya sepanjang waktu rehat antarabangsa kali ini."
Kounde telah beraksi dalam kesemua 11 perlawanan Barca sepanjang musim ini dan memulakan hampir kesemua daripadanya.
Ketua jurulatih Barca, Xavi, sebelum ini turut kehilangan khidmat Pedri, Frenkie de Jong, Raphinha dan Robert Lewandowski gara-gara kecederaan.
#bola sepak #Barcelona #LaLiga #Jules Kounde
;