Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe, bakal dikenakan penggantungan satu perlawanan LaLiga selepas dilayangkan kad merah akibat terjahan keras yang dilakukan ke atas Antonio Blanco, baru baru ini.
Mbappe dilayangkan kad merah dalam perlawanan minggu lalu selepas pengadil melakukan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) sekali gus membatalkan keputusan awal kad kuning.
Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) memutuskan hukuman minimum satu perlawanan susulan insiden itu dengan Mbappe telah memohon maaf kepada Blanco dan rakan sepasukannya kerana akan terlepas satu aksi pada hujung minggu ini.
Dalam pada itu, Manu Sanchez dari Alaves yang dibuang padang kerana terjahan ke atas Vinicius Junior turut diberikan hukuman penggantungan satu perlawanan.
Untuk rekod, setakat ini Mbappe telah menjaringkan 22 gol dan tiga bantuan jaringan dalam 29 penampilannya bersama Real Madrid.
"Kylian bukan pemain yang ganas. Dia seorang lelaki akan memohon maaf dan sedar akan kesilapannya. Sudah tentu ia adalah kad merah yang jelas, dan dia telah membayar akibat perbuatannya.
"Saya fikir bahawa banyak kesalahan kecil yang dilakukan terhadapnya telah menyebabkan dia bertindak dengan cara ini, yang merupakan cara yang salah untuk bertindak balas." kata penolong jurulatih, David Ancelotti.