Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Kehebatan Antony punca Real Madrid tewas kepada Real Betis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

betis1.jpeg

Perebutan takhta LaLiga semakin sengit apabila Atletico Madrid kembali merampas kedudukan pertama selepas kekalahan juara bertahan kepada Real Betis, awal pagi tadi. 

Kemenangan 1-0 skuad kendalian Diego Simeone ke atas Athletic Club memberi kelebihan dua mata di atas Barcelona dan Real Madrid. 

Johan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lalu itu terpaksa berputih mata terhadap Real Betis yang berjaya mendapatkan tiga mata penuh, sekali gus menghapuskan ego Los Blancos yang dipenuhi ramai pemain terkemuka dunia. 

 

Meskipun Brahim Diaz terlebih dahulu memberi jaringan pendahuluan, namun tandukan Johnny Cardoso daripada sepakan sudut membuka peluang buat pasukan tuan rumah mencipta kejutan. 

Isco Alarcon yang merupakan bekas pemain kepada kelab terbaik dunia itu sempat membalas dendam dengan menyempurnakan sepakan penalti untuk menewaskan skuad bimbingan Carlo Ancelotti. 

Di sebalik perlawanan itu, pemain pinjaman Manchester United, Antony, sekali lagi mencuri tumpuan tatkala gerakan dan gelecekannya berjaya mempengaruhi faktor kemenangan Betis. 

Advertisement

 

Must Watch Video