Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Jude Bellingham temui sasaran dalam kemenangan Real Madrid ke atas Villarreal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jude-bellingham.jpg
Jude Bellingham menjaringkan gol ke-17 bagi musim ini untuk Real Madrid kembali ke puncak LaLiga dengan kemenangan besar 4-1 ke atas Villarreal di Bernabeu awal pagi tadi.

Bellingham membuka jalan untuk tuan rumah mengatasi pemimpin liga sebelumnya, Girona - yang menghadapi Alaves pada Ahad - apabila dia menjaringkan gol pada pertengahan separuh pertama sebelum Rodrygo menggandakan pendahuluan Real.

Jose Luis Morales mengurangkan defisit pasukan pelawat tetapi Real memastikan kemenangan dengan gol tambahan menerusi Brahim Diaz dan Luka Modric.

Real Sociedad kekal di tempat keenam di atas Real Betis selepas kedua-dua kelab itu meraih keputusan seri 0-0 di San Sebastian sementara perlawanan di antara dua kelab terbawah, Almeria dan Mallorca, juga berakhir tanpa jaringan. 

Chris Ramos menjaringkan gol penyamaan pada lewat permainan untuk Cadiz meraih keputusan seri LaLiga keempat berturut-turut menentang Las Palmas, di mana Pejino menjaringkan gol pembukaan pada awal permainan.
 

Advertisement

Must Watch Video