Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Jude Bellingham bantu Real Madrid pintas Girona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

70a2b54bb526429f8a5e776daa189868.jpg
Pemain tengah England, Jude Bellingham, kembali daripada kecederaan untuk membantu Real Madrid kembali ke puncak LaLiga dengan kemenangan 3-0 di Cadiz.

Masalah bahu menyaksikan Bellingham diketepikan menjelang rehat antarabangsa, terlepas aksi terakhir saingan kelayakan Euro 2024 bersama England.

Bellingham, bagaimanapun, tidak menunjukkan masalah yang dihadapi menjejaskan prestasi apabila apabila dia menjaringkan gol liga ke-11nya selepas dua gol daripada Rodrygo telah membawa Los Blancos menuju kemenangan selesa.

Real Madrid kini berkelebihan satu mata ke atas Girona, yang melayan kunjungan Athletic Bilbao esok.

Advertisement

Must Watch Video