Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: James Rodriguez perkuat Rayo Vallecano

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

james-rodriguez.jpg
James Rodriguez kembali mewarnai kancah LaLiga dengan menyertai Rayo Vallecano dengan kontrak selama setahun.

James meninggalkan kelab gergasi Brazil, Sao Paulo, pada bulan lalu selepas mengharungi kempen cemerlang Copa America bersama Colombia dengan memenangi Anugerah Pemain Kejohanan ketika memacu mereka mara ke final.

Rodriguez mencipta enam bantuan jaringan sepanjang kejohanan itu, secara tidak langsung memecahkan rekod edisi yang dilakar Lionel Messi sejak rekod itu diperkenalkan pada 2021.

Dia juga mencipta peluang tertinggi sebanyak 20 kali, dengan 14 daripadanya melalui bola mati. 

Pemain berusia 33 tahun itu yang menghabiskan enam tahun bersama Real Madrid di antara 2014 dan 2020 kini kembali ke bandar itu bersama Rayo yang berhasil mengelak penyingkiran musim lalu.

 

James menandatangani perjanjian awal selama setahun dengan pasukan asuhan Inigo Perez itu selain mempunyai pilihan untuk melanjutkan tempohnya selama 12 bulan lagi.

Rayo telah mengumpul empat mata daripada dua perlawanan pertama LaLiga musim ini apabila menewaskan Real Sociedad 2-1 dan seri tanpa jaringan dengan Getafe. 

Mereka seterusnya akan menentang Barcelona, awal pagi esok. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video