Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Gol tunggal Jordi Alba selamatkan maruah Barcelona atasi 10 pemain Osasuna

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jordi-alba.jpg
BARCELONA 1 OSASUNA 0

Jordi Alba menyelamatkan maruah Barcelona apabila jaringan tunggalnya memberikan kemenangan tipis 1-0 ke atas 10 pemain Osasuna dalam perlawanan LaLiga di Camp Nou awal pagi tadi.

Pemain gantian itu melakukan penyudah leret untuk mengatasi Aitor Fernandez di 'near post' pada penghujung perlawanan itu untuk memastikan Barca semakin hampir untuk bergelar juara liga divisyen utama Sepanyol berkenaan.

Gol kemenangan itu sudah pasti melegakan ketua jurulatih, Xavi, selepas Barca kelihatan gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain hampir keseluruhan perlawanan itu selepas Jorge Herrando dilayangkan kad merah pada minit ke-26.

Kemenangan itu juga menyaksikan Barca memungut 82 mata setakat ini dan hanya dipisahkan dengan satu kemenangan lagi untuk bergelar juara LaLiga buat kali pertama sejak musim 2018-19.
   

Advertisement

Must Watch Video