LA LIGA

LaLiga: Gol Ferran Torres, Lewandowski pacu kemenangan Barcelona

Saufi Tahir 28/03/2025 | 03:16 MYT

BARCELONA 3 OSASUNA 0
Barcelona mendahului tiga mata di puncak liga dengan perbezaan tiga mata daripada pencabar terdekat iaitu Real Madrid selepas menewaskan Osasuna 3-0 di laman sendiri awal pagi tadi.
Blaugrana beraksi tanpa khidmat Raphinha selain Robert Lewandowski di bangku simpanan dalam aksi tertangguh usulan kematian doktor pasukan Carles Minarro Garcia sebelum ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun Barca tidak berdepan masalah untuk meneruskan rekod 19 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan.
Ferran Torres terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-11 yang mudah menolak masuk bola hasil hantaran leret Alejandro Balde, sebelum Dani Olmo menambah jaringan menerusi sepakan penalti 10 minit kemudian.
Gol ketiga Barca hadir menerusi Lewandowski yang masuk sebagai pemain gentian menggantikan Dani Olmo.
Skuad kendalian Hansi Flick kini menduduki puncak La Liga dengan 63 mata selepas 28 perlawanan, manakala Real Madrid di berada dengan 60 mata.
#Barcelona #La Liga