Carlo Ancelotti menyamakan gandingan Karim Benzsema bersama Vinicius Junior dan Rodrygo dengan zaman sewaktu penyerang itu bergandingan bersama Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale satu ketika dulu.
Ini selepas Benzema menjaringkan hatrik dalam separuh masa pertama sewaktu Real Madrid menewaskan Almeria 4-2 di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
Benzema hanya memerlukan 42 minit untuk menjaringkan tiga gol ke atas lawan yang sedang bergelut di kelompok bawahan itu dengan memanfaatkan umpanan Vinicius dan Rodrygo sebelum menyempurnakan satu peluang sepakan penalti.
Rodrygo kemudian menjaringkan gol jarak jauh gemilang pada minit ke-47, sambil jaringan Lazaro dan Lucas Robertone buat Almeria melengkapkan keputusan perlawanan itu.
Selepas pertemuan itu, Ancelotti ditanya sama ada trio penyerang Madrid ketika ini dapat menyamai kehebatan nama-nama besar yang memacu Los Blancos memenangi empat gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selama lima musim dari 2013-2018.
"Ia satu soalan yang bagus," kata ketua jurulatih berbangsa Itali itu.
"Mereka sama daripada segi keberkesanan dan kualiti tetapi berbeza daripada segi perwatakan pemain.
"Ia trio yang berbeza tetapi kedua-duanya bagus. Pada 2014, trio itu amat berbahaya dan trio ketika ini juga amat berbahaya."
Dengan turut menjaringkan hatrik ketika menewaskan Real Valladollid dan Barcelona bulan ini, Benzema kini telah melakukannya sebanyak tiga kali dalam lapan perlawanan terakhir buat Madrid -- jumlah sama yang dilakukannya dalam 120 perlawanan buat kelab berkenaan sebelum ini.
Ditanya mengenai persembahan pemenang Anugerah Ballon d'Or itu, Ancelotti berkata: "Benzema dalam keadaan terbaik dan dia telah membuktikannya.
"Kami amat bagus sewaktu menyerang, kami amat berbahaya. Walaupun kami sedang ketinggalan (dalam LaLiga), pasukan ini telah beraksi dengan amat baik daripada segi menyerang."
?⚽️ @Benzema reaches 3️⃣5️⃣0️⃣ goals for @realmadriden!
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) April 29, 2023
? (and adds two more!)#RealFootball pic.twitter.com/zQBje5Lct7