Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Flick tagih bisa Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

flick.jpg
Barcelona harus menemui semula sentuhan emas mereka di hadapan gawang sekiranya mereka ingin meneruskan dan memenangi LaLiga, tegur Hansi Flick.

The Blaugrana belum menang dalam tiga perlawanan liga dan telah menyaksikan kelebihan mereka di puncak kedudukan dipotong kepada hanya satu mata.

Kekalahan kepada Real Sociedad dan Las Palmas meningkatkan tekanan ke atas Barcelona, malah seri 2-2 dengan Celta Vigo yang menyaksikan mereka melepaskan pendahuluan 2-0.

Dengan Real Madrid di tempat kedua hanya satu mata di belakang dan berkelebihan satu perlawanan, Flick sedar Barca tidak mampu lagi melakukan sebarang kesilapan ketika menentang Mallorca, awal pagi esok. 

Lantas, Flick merumuskan kedudukan Barca ketika ini berpunca daripada membazirkan peluang.

“Bagi saya, berita baiknya ialah November sudah berakhir dan kita sudah berada dalam bulan Disember,” kata Flick kepada pemberita.



"Pasukan telah berusaha keras dalam perlawanan ini. Kami mempunyai banyak keamatan di bahagian tengah dan kami sangat berdisiplin. Kami mencipta peluang tetapi kami perlu menyudahkannya dengan lebih baik.

"Ia mungkin kelihatan seperti saya sedang mencipta alasan tetapi hakikatnya kami kalah. 

"Kami perlu fokus dalam serangan. 

"Kami tidak mampu untuk tidak menyempurnakan beberapa peluang terhidang. Dalam bola sepak, gol adalah penting."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video