Ketua jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, menandatangani kontrak baru yang akan mengekalkannya dengan pasukan LaLiga itu sehingga musim panas 2027.
Pengendali berbangsa Argentina berusia 53 tahun itu mula menyandang jawatan berkenaan sejak Disember 2011 dan berkembang menjadi jurulatih paling berjaya sepanjang sejarah Atletico.
Simeone telah memacu kelab itu memenangi dua gelaran liga, satu kejuaraan Copa del Rey dan dua gelaran Liga Europa (UEL) selain dua trofi Piala Super Eropah dan satu Piala Super Sepanyol.
Bimbingannya juga menyaksikan Atletico layak sebanyak dua kali ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL), masing-masing pada 2014 dan 2016.

❤️? #Simeone2027
— Atlético de Madrid (@atletienglish) November 9, 2023