Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Daripada keluar persaraan, Szczesny lanjut kontrak bersama Barcelona sehingga 2027

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

szeney.jpg
Penjaga gol Barcelona, Wojciech Szczesny, telah menandatangani lanjutan kontrak bersama skuad juara LaLiga 2024/25 itu sehingga 2027.

Penjaga gol kebangsaan Poland itu yang telah menyertai Barcelona kerana penjaga gol utama kelab iaitu Marc-Andre ter Stegen yang mengalami kecederaan jangka panjang musim lalu.

Bekas penjaga gol Arsenal, AS Roma dan Juventus itu telah membuat sebanyak 30 kali penampilan bersama Blaugrana dan berjaya mendapat 14 rekod bersih.

 

Dalam pada itu, dia membantu Hansi Flick memenangi treble piala domestik dan menjadikan trofi ke-14 dalam kariernya.

Dalam masa sama, Barcelona turut menandatangani Joao Garcia sebagai penjaga gawang baharu.

Advertisement

Must Watch Video