Ketua jurulatih, Carlo Ancelotti, mendedahkan bahawa peningkatan ketara dalam aspek pertahanan Real Madrid kebelakangan ini banyak dibantu oleh kerja keras barisan serangan mereka, sekali gus menjadikan pasukan lebih kukuh dalam usaha memburu kejuaraan LaLiga musim ini.
Los Blancos memiliki jentera serangan bertaraf bintang yang dibarisi Kylian Mbappe, Vinicius Junior, Rodrygo, dan Jude Bellingham.
Keempat-empat pemain ini telah menyumbang 39 daripada 54 gol Real Madrid dalam saingan liga, membantu mereka menguasai puncak carta LaLiga, walaupun terikat mata dengan Barcelona.
Namun, lebih menarik, Madrid kini semakin ampuh di bahagian pertahanan.
Lebih meyakinkan, johan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) berjaya mencatat dua perlawanan berturut-turut tanpa bolos dalam aksi liga.
Menurutnya, transformasi defensif pasukan diperkukuh dengan komitmen para penyerang yang lebih rajin membantu dalam aspek bertahan.
"Kami sudah banyak kali bercakap mengenainya, bukan hanya dengan Vinicius Jr, tetapi dengan semua pemain, dan mereka bersetuju.
"Perubahan ini jelas sejak perlawanan menentang Atletico Madrid pada 9 Februari.
"Peningkatan di bahagian pertahanan sangat ketara.
"Vinicius banyak membantu.
"Ia telah mengubah pasukan dengan ketara kerana barisan serangan kini bekerja lebih keras.
"Pasukan kini lebih kukuh," katanya.
Dengan gabungan serangan berbisa dan pertahanan yang semakin mantap, mampukah Real Madrid terus mendominasi LaLiga dan menjarakkan diri dari Barcelona?

?️⚽?⚙️? pic.twitter.com/Dof3inCJKp
— Real Madrid C.F. (@realmadrid) February 28, 2025