LaLiga: Benzema, Camavinga terlepas kunjungan Real Madrid ke Girona
Muzaffar Musa
April 25, 2023 11:13 MYT
April 25, 2023 11:13 MYT
Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, mengesahkan Karim Benzema dan Eduardo Camavinga akan terlepas kunjungan ke laman Girona bagi perlawanan LaLiga awal pagi esok.
Bagaimanapun, Ancelotti menjangkakan kedua-dua pemain itu akan dapat diturunkan dalam perlawanan menentanig Almeria di laman sendiri hujung minggu ini sebelum Los Blancos menghadapi Osasuna dalam final Copa del Rey dan perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Manchester City.
David Alaba juga dijangka akan dapat kembali diturunkan menentang Osasuna pada 6 Mei ini selepas dia tidak diturunkan sewaktu menewaskan Celta Vigo 2-0 hujung minggu lalu.
Bercakap dalam sidang media menjelang perlawnanan itu, Ancelotti memberikan makluman mengenai beberapa pemainnya yang tidak dapat diturunkan dalam usaha mereka untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Barcelona.
"Benzema dan Camavinga akan terlepas perlawanan ini dan (Dani) Ceballos pula telah mengumpulkan kad.
"Camavinga dapat menamatkan permainan (menentang Celta) tetapi dia kemudian berasa kesakitan akibat terjahan. Saya fikir mereka akan dapat diturunkan ketika menentang Almeria.
"(Ferland) Mendy dan Alaba juga tidak dapat beraksi. Alaba sedang pulih dengan baik dan saya fikir dia tidak akan berdepan masalah untuk beraksi dalam final Copa del Rey," katanya.
Mengulas mengenai situasi Benzema, Ancelotti menambah: "Jika dia dapat pulih daripada kecederaannya, dia akan beraksi menentang Almeria.
"Dia pemain yang amat penting buat kami, dia telah menunjukkan tahap yang luar biasa dalam beberapa perlawanan lalu dan anda meneruskan perkara itu dengan bermain, bukannya dengan berehat.
"Jika dia cergas, dia mahu bermain dan itu jugalah yang kami mahukan," katanya.
?️ @MrAncelotti: "The players are really eager to play and that allows me to manage the squad better." ? #GironaRealMadrid pic.twitter.com/uIH8QJGOwS
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) April 24, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.