Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Barcelona sahkan Sergi Roberto cedera menjelang aksi lawan Atletico

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sergi-roberto.png
Barcelona mengesahkan bahawa Sergi Roberto terpaksa direhatkan gara-gara mengalami kecederaan paha.

Pemain serba boleh berusia 31 tahun itu digantikan dengan Eric Garcia, hanya 15 minit perlawanan berlangsung ketika terika tanpa jaringan dengan Getafe hujung minggu lalu, kerana mengalami kesakitan di kaki kirinya.

Sergi Roberto menjalani ujian imbasan pada hari berikutnya dan Barca mendedahkan bahawa dia mengalami kecederaan otot biceps femoral.

Ia merupakan satu kehilangan buat pasukan pendahulu LaLiga itu menjelang pertemuan dengan pasukan di tangga ketiga, Atletico Madrid, hujung minggu ini.
 
Bagaimanapun, ada perkhabaran lebih baik buat pasukan gergasi Catalan itu, di mana Ousmane Dembele, Pedri dan Frenkie de Jong dilaporkan sudah mula menjalani latihan.

Blaugrana kini memiliki kelebihan 11 mata di depan pencabar terdekat dan seteru tradisi, Real Madrid, berbaki sembilan perlawanan liga musim ini.
 

Advertisement

Must Watch Video