Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Barcelona sah bergelar juara selepas menang ke atas Espanyol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

barcelona.jpg
ESPANYOL 2 BARCELONA 4

Barcelona mengesahkan kejuaraan LaLiga pertama sejak 2019 selepas menewaskan seteru setempat, Espanyol, 4-2 di Stadium RCDE awal pagi tadi.

Keraian itu, bagaimanapun, hanya berlangsung seketika apabila penyokong Espanyol mula meluru masuk ke dalam kawasan padang selepas perlawanan itu dan pemain Barca terpaksa melarikan diri ke terowong pemain.

Robert Lewandowski menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit ke-11 dan 40, yang mengapit jaringan Alejandro Balde pada minit ke 40, sebelum Jules Kounde menambah satu lagi jaringan dalam babak kedua.

Javier Puade kemudian merapatkan kedudukan buat Espanyol dan Joselu menjaringkan satu gol lagi dalam waktu kecederaan tetapi kemenangan itu menyaksikan Barcelona kini mendahului 14 mata di depan pencabar terdekat, Real Madrid, berbaki hanya empat perlawanan musim ini

 

Advertisement

Must Watch Video