Pemain skuad B-21 Sepanyol itu dilaporkan terlibat dengan konfrontasi bersama Valverde selepas tamat perlawanan berkenaan.
Berdasarkan laporan akhbar sukan, AS, Baena telah ditumbuk oleh Valverde sewaktu dia sedang melihat telefon bimbitnya ketika dalam perjalanan untuk menaiki bas pasukan Villarreal.
Baena beraksi sepenuh masa dalam perlawanan LaLiga di Santiago Bernabeu itu, di mana dia turut membantu jaringan lewat permainan Samuel Chukwueze untuk Villarreal menewaskan Madrid 3-2.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi tadi, di mana Valverde tidak dinamakan dalam kenyataan itu, Villarreal mengesahkan penglibatan pihak polis terhadap insiden berkenaan dan berkata Baena akan mendapat sokongan sepenuhnya kelab itu.
Kelab itu berkata: "Pemain Villarreal CF, Alex Baena, telah diserang malam tadi sewaktu dia dalam perjalanan untuk menaiki bas pasukan selepas tamat perlawanan menentang Real Madrid CF di Stadium Santiago Bernabeu.
"Dengan mengalami situasi itu, pemain berkenaan telah memilih untuk mengemukakan laporan terhadap pelaku itu kepada pihak polis.
"Sekali lagi, Villarreal FC menolak sebarang kelakuan ganas dan berdiri teguh di belakang pemain kami terhadap insiden itu dan akan sentiasa menyokongnya sepanjang proses berkenaan."
Official statement: Álex Baena
— Villarreal CF English (@VillarrealCFen) April 9, 2023