Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Atletico waspada ancaman Celta Vigo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

simeone.jpg
Atletico Madrid mempunyai pertahanan terbaik dalam lima liga teratas Eropah, tetapi Diego Simeone tetap mahu mengambil pendekatan berhati-hati dengan ancaman Celta Vigo, awal pagi esok. 

Atletico berada di tangga kedua LaLiga, satu mata di belakang pendahulu, Real Madrid, selepas 23 perlawanan.

Barisan kendalian Simeone itu hanya dibolosi 15 gol dan 11 perlawanan tanpa bolos dalam liga.



Walaupun Celta Vigo berada di tempat ke-12 dalam LaLiga menerusi perbezaan gol yang negatif, mereka telah menyumbat 34 gol dan hanya kurang empat jaringan berbanding Atletico musim ini.

"Saya tidak melihat statistik kerana ia sekadar angka. Satu-satunya perkara yang penting ialah bagaimana anda menamatkan permainan ini," kata Simeone kepada pemberita.

"Sepanjang perjalanan, kami mengharungi satu persatu perlawanan yang menawarkan kami kemungkinan untuk mencapai matlamat kami."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video