Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, meredakan isu panas berkenaan Marco Asensio dengan berkata pemain tengah itu berhak berasa marah tidak diturunkan ketika mereka menewaskan Mallorca 4-1 dalam aksi LaLiga di Santiago Bernabeu malam tadi.
Asensio hanya dapat beraksi selama 17 minit musim ini dan kekecewaannya tidak lagi dapat dibendung apabila sekali lagi tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Mallorca.
Pemain berusia 26 tahun itu diarahkan untuk memanaskan badan tetapi Ancelotti kemudian memilih untuk tidak menurunkannya.
Keputusan itu jelas memacu rasa marah Asensio, di mana dia dilihat melontarkan bibnya, menyepak bekas minuman dan menghempas botol air ke lantai sewaktu kembali ke tempat duduk pemain.
Ancelotti, ketika ditemu bual wartawan, memberikan sebab mengapa dia tidak dapat menurunkan Asensio dalam perlawanan itu.
"Realitinya adalah saya mahu melakukan dua pertukaran.
"Kami sedang bersedia untuk memasukkan Mariano (Diaz) dan Asensio jika kami tidak dapat menjadikan kedudukan 2-1.
"Lucas (Vazquez) cedera dan kami hanya mempunyai satu lagi pertukaran dan saya tidak berfikir untuk melakukan pertukaran itu.
"Jika dia marah, saya bersetuju dengannya. Ia sesuatu yang normal, ia bermakna dia mahu bermain, dia berasa penting.
"Dalam waktu ini, dia menjadi pemain yang paling terkesan dalam skuad ini dan saya mengambil kira perkara itu.
"Saya amat bersetuju dengan kemarahannya, ia tidak mengapa," katanya.